Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Isnin, 20 Disember 2010

Johor Bike Week -Plaza Angsana Johor (3.Dis-5.Dis 2010)






Tanggal 4.hb.Disember 2010 seawal jam 8.00pagi ahli SDMC (The Dragos) telah mula berkumpul distesyen minyak Shell berhampiran Plaza Tol Senawang untuk bersama sama memeriahkan Johor Bike Week 2010 bertempat di Plaza Angsana Johor Baharu. Perjalanan yang dirancangkan seawal 8.30 pagi yang akan menuju ke destanasi pertama ke Batu Pahat untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada salah seorang ahli SDMC (Sdr Mahali) terpaksa di tangguhkan seketika kerana hujan renyai mulai turun.

Setelah hampir 1 jam menanti tanpa ada tanda tanda hujan akan berhenti,ahli mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke “pit stop” pertama iaitu hentian rehat Kg Bemban di Melaka kerana akan menanti rakan lain yang akan menyertai konvoi.Konvoi yang diketuai oleh Presiden Kelab.

Setelah menunggu hampir 45minit baru lah kelibat saudara Misai muncul namun semanggat untuk meneruskan perjalanan kami tersentap apabila “Shadow Odeng Gengko” mengalami kerosakkan.Setelah beberapa kali mencuba untuk menghidupkan engine tapi hampa. Akhirnya Shadow Odeng terpaksa ditunda oleh Saudara Rahim menggunakan kaki sehingga ke pekan Tangkak untuk di perbaiki ditemani oleh Sdr Suki dan Sdr Razali.Nyata kerosakkan yang tidak dapat dibaiki dengan segera.ahli konvoi akhirnya terpaksameninggalkan mereka bertiga dan meneruskan perjalanan ke Parit Raja Batu Pahat melalui Ayer Hitam dan Parit Botak.

The Dragos tiba di rumah Sdr Mahali pada pukul 3 petang setelah tersesat angkara “nak ikut jalan potong”.Dan setelah mengisi perut yg sememangnya dah berbunyi kami meneruskan perjalanan ke Johor Baharu keluar ke plaza Tol Spg Rengam dan kembali bertemu bersama Odeng,Suki dan Zali akhirnya Odeng terpaksa menjadi pembonceng Sdr Misai kerana motor nya terpaksa ditinggalkan diworkshop (masuk wad) di Tangkak.

Setelah menempuhi dugaan dan meredah hujan sepanjang perjalanan konvoi SDMC selamat sampai di plaza Angsana kira kira jam 5.30 ptg. Setelah bertemu rakan-rakan bikers serta beramah mesra dan minum petang sambil menikmati rojak kueh serta otak-otak di Plaza Angsana akhir nya perjalanan diteruskan keHotel The Embassy yang telah ditempah dari awal lagi.Perjalanan kehotel diketuai oleh saudar Bob (sbb dia tahu jalan).

Setelah check in selesai semua ahli konvoi menuju kebilik masing2 untuk melepaskan penat.Dan sebelah malam adalah acara bebas…bebas untuk aktiviti sendiri….(lu …lu punya hal..wa… wa punya hal…)Saya serta beberapa ahli ketapak “event” untuk layan konsert tapi kerana lewat kami hanya sempat layan 2 lagu sahaja sebelum konsert berakhir.Akhirnya kami kembali ke hotel dan melepak dicafe berdekatan sambil layan ‘live band” sehingga 2 pagi.

Hari Kedua,

Setelah selesai sarapan kami mengambil keputusan untuk “check out” jam 11 pagi.Setelah selesai “check out” kami kembali menuju ketapak “event”. Disana kami bertemu rakan,beramah mesra bersama bikers dan mengambil kesempatan menjelajah kePlaza Angsana yang turut mempamerkan motorsikal milik Sultan Johor.Setelah penat menjelajah akhirnya asam pedas kepala ikan merah menjadi habuan kami.

Sebelum bertolak balik kami sempat bertemu dengan “King” di Plaza Angsana.dan sekitar jam 2 ptg kami meninggalkan tapak event menuju ke Petronas Senai kerana sdr Misai telah menanti disana.Perjalanan pulang dalan cuaca panas lancar menyusur lebuhraya Plus sambil dirakam oleh Odeng yg bertindak sebagai cameraman.

Kami berehat di hentian Pagoh untun mengisi minyak sambil sempat beramah mesra bersama Juara Mr.Asia Sgt Mejar Sazali Samad.dan kembali meneruskan perjalanan ke Seremban.Kami berhenti untuk minum petang di RnR Ayer Keroh selama sejam dan meneruskan perjalanan ke Seremban.Alhamdulillah kami selamat tiba di Seremban tanpa halangan dalam cuaca mendung serta gerimis.

Sekalung tahniah kepada ahli SDMC yg menyertai konvoi ini ( Mr Presiden,Rahim,Ameraziz,Razali,Suki,Bob.Odeng,Sham,serta dua rakan Sdr Bob dari KL). Terima kasih jua kepada bikers2 yg sudi beramah mesra dan yang mengenali SDMC.

Semoga dilain event kami berharap agar lebih ramai ahli SDMC menyertai kami dan memberi komitmen yg tinggi pada Kelab SDMC serta menyokong “local event”…….Shut up and Ride

Tiada ulasan:

Catat Ulasan