Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Sabtu, 10 Julai 2010

Majlis Pelancaran Rasmi Kelab SDMC














Jumaat 9.hb Julai 2010 bertempat di Komplek Belia Dan Sukan Paroi Seremban telah berlangsung upacara Pelancaran Rasmi Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban- sdmc ( Seremban District Motocycle Club-SDMC).Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Berhormat Dato’ Mohammad Razi Bin Haji Kail DSNS. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perlancungan Perpaduan Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juaseh.

Dalam ucapan alu-aluannya beliau merakamkan penghargaan kepada bikers yang hadir pada malam tersebut terutama yang dari luar daerah Seremban yang sanggup hadir member sokongan walaupun dalam keadaan cuaca hujan.Beliau berharap agar kelab ini menjadi asset bagi ahli untuk berkerjasama meningkatkan perpaduan sekaligus menarik pelancung datang ke Negeri Sembilan.Beliau jua berharap agar kelab ini mendatangkan faedah kepada ahli dalam mejalin kerjasama bersama masyarakat tempatan seperti melakukan kerja amal bersama anak yatim,orang kurang upaya dan sebagainya beliau juga berharap kelab ini berjaya mencapai matlamat dan halatuju.

Sebelum mengakhir ucapannya beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM3000. Dan menerima pelantikan sebagai Penaung Kelab Motosikal Daerah Seremban-sdmc.

Terdahulu Pengerusi Kelab Motosikal Daerah Seremban Sdr Azhar Abd Aziz dalam ucapannya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat berhimpun di Majlis Pelancaran pada malam tersebut.Beliau juga merakamkan penghargaan kepada YB Dato kerana kesudiannya melapangkan masa pada malam tersebut tak lupa jua kepada Tn Haji Ideris Bin Md Said PJK selaku setiausaha penaja atas usaha keras beliau mendaftarkan kelab ini serta sokongan padu dari ahli-ahli SDMC.SDMC yang sebelum ini dikenali sebagai Southern Dragon Motocycle Club yang terdiri dari ketegori Chopper dan Easy Rider telah aktif semenjak tahun 2005 dan banyak terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti konvoi dan amal anjuran pelbagai pihak samada anjuran kelab motosikal atau badan kerajaan.Beliau jua berharap dengan adanya YB Dato sebagai Penaung Kelab SDMC akan mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih tersusun.

Semua ahli SDMC merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan biker dari N9 Bikers,Lang Bikers,Pilgrimz Melaka dan KL,Black Rider,Soul Bikers,Kluang Bikers,Ghost MG,PD Bikers,Skull Riders,Desperado,Red Garage,Wild Choppers,Rembau Bikers,Releks Bikers,Sham Puterajaya,MBBC Melaka,Wak Kamuji,Badidos,Violent Storms,Rapers MG,Ali Empire,Soul Rider,Estern Brobbers,Naza Group serta lain-lain yang hadir pada malam tesebut.Majlis yang tamat pada jam 11.30malam di Pusat Belia belanjutan untuk seisi minum2 di Naz Nasi Lemak Corner sehingga jam 3 pagi.Sekalung tahniah jua kepada ahli-ahli SDMC yang berkerja keras untuk menjayakan majlis pada malam tersebut yang berlangsung dengan lancar dan teratur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan