Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Isnin, 20 Disember 2010

Gegor Manjong Bike Week Di Orient Star Hotel Lumut (10 Dec -12 Dec 2010)







Pada 11.Dis.2010 seawal jam 6.30 pagi, saya meredah kedinginan pagi menuju ke RnR Nilai Utara.Setiba disana saya belum nanpak kelibat yang lain dan saya memesan teh panas untuk memanaskan badan.Belum pun sempatsaya menghirup the panas dan menjamah nasi lemak sayup2 terdengar deruman engin motor.Sham tiba bersama V8 hitamnya.Kami bersarapan sementara menanti ketibaan yang lain (sekiranya ada)
Setelah hampir 20 min bersarapan kami (2 lai saja) mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Peronas Sg Besi kerana Sdr Bob telah menunggu dengan kuda Dragstarnya.Setelah mangisi minyak maka kami pun meneruskan perjalanan menuju Kerinci link ke Damansara seterusnya menuju ke tol Jalan Duta.Cuaca yang sedikit gerimis tidak mengugat semangat kami menuju keRnR jejantas Sg Buluh.Setelah membuat satu pusingan untuk memastikan sekiranya ada rakan2 yang mananti disana (plan asal bertemu di sini sebelum berubah di RnR Rawang).Kami tiba diRnR Rawang lebih kurang jam 8.20 pagi dan 6 rakan kami telah sedia menanti disana (Rahim,Man TUDM,Razali dan Mahali menginap di Highway hotel “Hotel Pijat”) manakala sdr Misai bersama Nazri telah tiba lebih awal dengan sayap emasnya (Gold Wing)

Setelah berbincang dan merancang perjalanan lebih kurang jam 9.45 pagi kami menuju ke utara untuk keBidor seterusnnya ke Teluk Intan dan menuju ke Lumut untuk menyertai “GEGOR MANJONG BIKE WEEK”. dalam cuaca yang kembali cerah.Kami tiba di Bidor sejam kemudian dan berhenti mengisi minyak di stesyen Petronas .Hasrat kami untuk pekena “pau” panas spt yg dicadangkan oleh Bob terbantut kerana warung tersebut tutup.Kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan dan berhenti untuk minum dan berehat seketika di RnR Jambatan Sultan Yusuf.Setelah berehat hampir 1jam kamipun meneruskan perjalanan ke Lumut.

Setibanya kami di tapak “event” di Hotel Orien Star Lumut kami dapati peserta konvoi berserta motorsikal masing2 telah sedia berbaris untuk menyertai “konvoi” Gegor Manjung Bike Week. Tanpa kami ketahui arah tujuan sebenar jelajah ini,kami drngan selamba dot terus masuk barisan untuk menyertai peserta konvoi.

Destinasi yang pertama rupa-rupanya adalah jamuan tengahari iaitu nasi beryani serta sajian buah-buahan.Setelah selesai menjamu selera lebih kurang jam 1.30 petang peserta konvoi bergerak mengelilingi bandar Manjung menuju pengkalan tentera laut.Lokasi pertama adalah pengkalan membaikpulih helicopter untuk seisi bergambar beramai-ramai.selesai bergambar konvoi bergerak ke kapal TLDM untuk lawatan rasmi.Ahli konvoi bebas memilih kapal mana yng ingin mereka lawati. Setelah hampir dua jam di atas kapal peserta konvoi bergerak di kedai PERNAMA untuk seisi minum petang.Dalam kerancakan menikmati minuman petang secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan suasaana menjadi kecoh seketika kerana peserta konvoi belari ke motor masing-masing untuk menyelamatkan barangan dan helmet dari basah.

Setelah selesai acara minum petang peserta konvoi bergerak keluar dari pengkalan TLDM menuju satu destinasi di sebuah jambatan (maaf saya tak ingat nama tempat ini) untuk mencipta rekod barisan moto “wheel to wheel” terpanjang diMalaysia dan Manjung Bikers telah dianugerahkan Sijil Malaysian Book of Record yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan merangkap ahli Parlimen Lumut.Acara diatas jambatan diserikan dengan pertunjukkan udara (helicopter)

Setelah acara selesai saya selaku wakil Presiden SDMC menyerahkan cenderamata kepada Presiden Manjung Bikers.Kami kembali ke Orient Star Hotel tempat permulaan konvoi sebelum bersiap untuk kembali keSeremban.Saya bersama Mahali,Man TUDM,Rahim dan Bob tidaak bercadang untuk menginap disana manakala Syam,Razali,Misai dan Nazri bermalam disana.

Trpat jam 6.00ptg kami berlima memulakan perjalanan kembali keSeremban.Setelah mengisi minyak diManjung kami meneruskan perjalanan dan berhenti seketika di RnR Jambatan Sultan Yusuf untuk mereka membakar paru-paru (merokok).Seterusnya kami meneruskan perjalanan dalan kedinginan senja ke Bidor dan berhenti makan malam di Bidor.

Kira-kira jam8.45 malam selepas menambah tenaga (makan) kami meneruskan perjalanan pulang dan berhenti mengisi minyak di RnR Sungai Buloh.Tanpa mengambil masa yang lama kami meneruskan perjalanan terus ke jalan Duta, Damansara seterusnya ke lebuhraya Kerinci Link dan masuk ke Sg Besi.Perhentian terakhir kami si RnR Sungai Besi pekena teh tarik untuk tenaga dan jam dah menunjukkan hampit pukul 11.30 mlm.Dan akhirnya kami berpisah kedestanasi masing(rumah).Dan saya tiba diSeremban jam 12.30mlm.

Sepanjang perjalanan cuaca sungguh baik dan perjalanan ahli Dragos lancar tanpa ada sebarang ganguan atau kerosakan.Bagi saya perjalanan ini sungguh mencabar kerana menguji tenaga kami.Sebab bolih dikatakan injin motorsikalkami tak sempat sejuk sejak dari Seremban ke Lumut dan kembali ke Seremban.Sekalung tahniah buat The Dragos member yang tabah mengharungi perjalanan selama 12jam .Ketabahan anda akan menjadi contoh kenada ahli Dragos yang ‘ride” dalam poskod saja…Semoga tahun hadapan akan lebih ramai ahli Dragos menyertai mana-mana evevt dalam Malaysia…..Shut up And Ride

Tiada ulasan:

Catat Ulasan