Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Jumaat, 5 Julai 2013

MESYUARAT AGUNG KALI KE-3 SDMC MALAYSIA

MESYUARAT AGUNG KALI KE-3 SDMC MALAYSIA Mesyuarat Agung SDMC kali ke 3 telah diadakan diCactus Room Eagle Ranch Resort Port Dickson pada 22.hb Julai 2013. Seramai 43 ahli yang berdaftar telah menghadiri mesyuarat kali ini. Angak malang sikit mesyuarat kali ini tidak dapat dihadiri oleh Penaung Kelab SDMC Dato’ Razi Kail atas sebab bebab yang tidak dapat dielakkan. Berbeza dengan mesyuarat pertama dan kedua yang diadakan diRestoran Ruang Damai, buat pertama kalinya SDMC mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan mesyuarat di Eagle Ranch Resort Port Dickson.Sebuah resort ala-ala country yang saban tahun menganjurkan Port Dickson International Bike Fest (PDIBF). Mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 2 petang ditunda ke jam 4 petang dimana pendaftaran bermula jam 3.00 petang.Kelewatan ini disebabkan ahli SDMC menerima undangn majlis perkhawinan ahlo Eone Bikers pada tengahari tersebut. Dengan kehadiran lebih dart 2/3 ahli mesyuarat berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Nil Hakim seterusnya mesyuarat pada kali ini di Pengerusikan oleh Tn Hj Ideris dan merupakan persidangan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta Ahli jawatankuasa bagi penggal 2013 – 2015. Mesyuarat juga bersetuju membuat beberapa pindaan dalam perlembagaan untuk kelulusan Jabatan Pertubuhan serta beberapa isu telah dibangkitkan olih ahli untuk dibahaskan. Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi masih diterajuai oleh ahli ahli senior dengan penambahan satu jawatan Naib Presiden ll manakala Ahli Jawatan Kuasa menyaksi kan gabungan muka baru dan lama.Ini bertujuan untuk kesinambungan barisan pemimpinakan datang. Mesyuarat berakhir pada jam 6 petang dan disusuli dengan seisi bergambar barisan pemimpinan 2013-2015 dan majlis diteruskan dengan majlis makan malan di D’Terapung Medan Ikan Bakar Port Dickson.ajlis bersurai pada jam 12 malam.

1 ulasan:

  1. salam admin... baru tahu ada grup big bike berdaftar di negeri sembilan... macammana nak daftar n sertai grup ni?... zul batu kikir

    BalasPadam