Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Selasa, 29 Jun 2010

Mesyuarat Agung Pertama SDMC























Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban-SDMC telah mengadakan mesyuarat Agung yang pertama untuk melantik Pegawai dan Ahli jawatankuasa seperti mana yang ditetepkan dalam Fasal 9 undang-undang Pertubuhan kelab.

Mesyuarat ini telah di adakan di dewan Balairaya Tanam Mawar Senawang dan dihadiri oleh 32 orang ahli yang berdaftar.Antara agenda pada malam tersebut adalah untuk melantik Pegawai serta Ahli Jawatankuasa bagi seisi 2010-2011.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ideris telah berjalan lancar dengan setiap ahli memberikan sokongan yang tak berbelah bagi bagi setiap pencalonan.Berikut adalah pegawai serta AJK yang di lantik/dipilih pada mesyuarat tersebut.

Pengerusi Kelab - En Azhar Bin Abd Aziz
Naib Pengerusi - En Abd Rashid Bin Abd Ghani
Setiausaha - En Ameruddin Bin Aziz
Penolong Setiausaha - En Abdul Rahim Bin Abd Razak
Bendahari - En Mohd Zalin Bin Sulaiman.

Ahli Jawatankuasa:
1- En. Shaziman Bin Shamsuddin
2- En. Mohd Razali Bi Mohd Noor
3- En. Kamarolazman Bin Kamaruddin
4- En. Muhd Faizal Bin Abdullah
5- En. Ahmad Sofi Bin Mohd Nor
6- En.Hanisham Bin Kamaruddin
7- En. Bhuvneswaran A/L Arikrishnan

Pemeriksa Kira-Kira
1- En. Mohd Sayuti Bin Mohammad Daud
2- En Ismail Bin Ibrahim


Antara usul/cadangan yang di bentangkan pada malam tersebut antara lain adalah
- Membuka akuan bank bagi kelab di Bank Islam
- Nombor pengenalan keahlian
- Kad keahlian.
- Yuran keahlian

Kesemua cadangan akan dibentangkan untuk diperincikan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa kelak
.

Pengerusi kelab dalam ucapan penanguhannya antara lain meminta semua ahli bersatu padu serta berkerjasama untuk memertabatkan kelab ini sebagai sebuah persatuan yang disegani serta sebagai sebuah organanasi yang dapat membantu kerajaan negeri mempemorsikan sektor pelancungan di negeri ini.Pengerusi juga merakamkan ribuan terimakasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk memimpin kelab ini.beliau juga merakamkan penghargaan kepada Tuan Hj Ideris yang berusaha keras untuk mendaftarkan kelab ini dan berharap semua AJK yang dilantik dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan