Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Rabu, 16 Jun 2010

Mesyuarat "Khas" AJK Penaja SDMC







Pada tarikh 15.hb Jun.2010 satu mesyuarat ‘khas’ telah diadakan di Nasi Lemak Corner pada jam 9.00 malam dan dihadiri oleh semua AJK penaja. Agenda pada malam tersebut antara lain adalah pengumuman oleh setia usaha penaja Tn.Hj Ideris mengenai pendaftaran kelab.SDMC.Secara rasminya pendaftaran ini telah diperakui pada sah oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 19.hb.Mei.2010.Sijil rasmi berserta surat pemberitahuan telah diserahkan kepada Tn.Hj Ideris selaku setiausaha penaja penubuhan SDMC.

Presiden SDMC Sdr Azhar dalam ucapan alu-aluannya merasa amat berbangga dan amat menghargai kerja kerasnya dan usaha Tn Hj Ideris untuk mendaftarkan kelab ini.dan juga kepada AJK penaja yang berkerja sama menyumbang tenaga dan buah fikiran.beliau berharap perpaduan dan kerjasama yang diberikan dapat dikekalkan demi untuk kebaikan kelab dan ahli.Diakhir ucapan Presiden meluahkan rasa syukur kerana pendaftaran kelab ini tidak menghadapi kesulitan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha setiausaha,,ahli jawatankuasa dan semua ahli SDMC.

Mesyuarat pada malam tersebut juga antara lain membincangkan persediaan untuk mengadakan mesyuarat agung sekaligus melantik ahli jawatankuasa yang baru serta lain-lain perkara.

Diakhir mesyuarat setiausaha penaja dengan secara rasmi menyerahan Sijil Pendaftaran Kelab kepada Presiden SDMC dan mesyuarat ditangguhkan pada jam11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan