Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Isnin, 24 Mei 2010

Choppers Bikerz Gathering@SDMC Malaysia







Buat pertama kalinya SDMC Malaysia telah mengadakan "small party" yang berlagsung pada hari Jumaat malam (21hb.Mei.2010)."Small party' yang diilhamkan secara sepontan oleh Presiden SDMC malaysia ini adalah sempena penyerahan "fullmoon patches' kepada 12 bikers SDMC Malaysia.Penganugerahan ini adalah simbol pengiktrafan kepada ahli yang menunjukkan komitmen tinggi kepada kelab.Antara ciri-ciri yang yang diambilkira antaranya kehadiran dalam TTS,mesyuarat,aktif dalam aktivity kelab serta displin yang tinggi. Majlis yang julung kali diadakan telah berlangsung dikawasan letak kereta Mentari Height Senawang yang diadakan diadakan secara "santai".Bagi menggelakkan sebarang kemungkinan gangguan (bunyi) dan kesesakan lalulintas pihak AJK (Hj Idris) telah mengajukan satu permohonan untuk mendapat keizinan dari pihak Majlis Perbandaran Seremban serta dimaklumkan pada ibu-pejabat Polis Senawang.(Tahniah dan terima-kasih kepada Hj Idris).Walau pun ada aduan telah dikemukakan pada pihak berkuasa mengenai kesesakan dan penutupan laluan dikawasan tersebut tetapi dengan bantuan AJK Keselamatan (Sdr Marshal Ismail dan Marshal Ahmad Zalin) ia berjaya di atasi.Tahniah buat sudara berdua. Majlis yang di adakan pada malam tersebut telah berjaya menarik kehadiran hampir 150 buah motosikal "choppers" berkuasa besar dari Wilayah Persekutuan,Selangor,Melaka,Johor dan kelab-kelab motorsikal "choppers" dalam Negeri Sembilan.Walau pun pada malam tersebut tidak mempunyai aturcara khusus serta jamuan yang hebat-hebat tapi ia telah berjaya menghimpunkan sebegitu ramai bikerz seolah olah satu "mini bike week" sedang berlangsung.Satu pencapaian yan diluar jangkauan ahli-ahli SDMC Malaysia (tahniah pada anda semua) Sambil menjamu selera dengan keropok lekor,dan nasi goreng serta Char Kuey Teow, para tetamu(bikerz) yang hadir dapat beramah mesra,bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta berkenalan secara rapat antara satu dengan yang lain.Kehadiran tetamu istemewa iaitu penyanyi Ali Mpire menghanggatkan lagi suasana malam tersebut.
Dengan ucapan dan kata-kata semangat serta perangsang pada kelab SDMC Malaysia dari presiden atau wakil kelab yang hadir pada malam tersebut rata-rata memuji semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli SDMC Malaysia yang mana mampu mengadakan "small party" yang diilhamkan 2 hari sebelum acara malam tersebut dan mampu menarik ramai kehadiran bikerz seolah olah satu "bike week" sedang berlangsung. Sebelum berakhirnya cara yang berlangsung seawal jam 8.00 malam 12 ahli telah di"up-grade" kan dengan pemakaian jeket "fullmoon" oleh Presiden dan Naib Presiden SDMC Malaysia.Majlis berakhir kira-kira jam 1.30 pagi. Persiden serta AJK SDMC Malaysia merakam kan ribuan terima kasih kepada kelab-kelab yang hadir pada majlis antaranya " Red Garage,E-one Bikers,Lang Bikers,Black Rider,Soul Bikers,Pilgrimz MG,Ghost MG,Desparado,Jokerz MG,Skull Riders,PD Bikers,Reaper MG,Pochong MG dan yang lain-lain serta sekalung tahniah kepada Daudson& crew yang bertungkus lumus meenyediakan jamuan pada malam tersebut.

1 ulasan:

  1. Seringkali kami selaku riders motorsikal berkuasa luar biasa, tidak mempertikaikan bahawa wujudnya kemungkinan berlakunya BREAKDOWN atau sebarang jenis kemalangan kepada kami selaku penunggang dan pemboncing kami. Seharusnya menjadi kebiasaan para penunggang superbike untuk meletakkan sticker JENIS DARAH (BLOOD GROUP) pada skrin semua motor anda. Ini penting kerana dalam masa masa kemalangan, masa yang ada adalah terhad. Panggilan ke pihak ambulance seharusnya menrangkumi informasi jenis darah si mangsa. Stiker ini boleh didapati daripada MOTOAID MALAYSIA secara percuma.
    MOTOAID MALAYSIA: 03-20969101 / 016-3778183 /011-26407873
    Nombor nombor diatas pula harus disimpan didlm phone book telefon anda untuk digunakan sekiranya anda breakdown / kemalangan mana mana di Semenanjung Malaysia ataupun di Thailand.
    Berbekalkan semua kelengkapan ini, barulah selamat untuk anda berkonvoy ataupun menunggang jauh dengan baik. SELAMAT MENGEMBARA.

    BalasPadam