





Buat julung kalinya Soundstage Events Co's menganjurkan Miri City Bike Week ditanah Borneo Miri Sarawak yang lebih dikenali dengan Miri Oil City yang amat popular dengan" The Grand Old Lady " iatu telaga minyak yang pertama dibumi Miri yang terletak dipuncak bukit yang bernama "Canada Hill.
Acara yang bertemakan "Ride Heavy Meatal" telah berlangsung pada 14-15hb.May 2010 di Sebarkas Commercial Center.Dan buat julung kalinya juga SDMC Malaysia serta Tshirtempire menyertai "event" yang diadakan di bumi Borneo.Antara kelab bikers yan turut serta memberi sokongan antaranya Red Garage,Eone Bikers,Pilgrimz MC,Loklaq,Independent MC dari Brunei dan lain-lain.
Acara ini berjaya menarik kehadiran kelab motorsikal dari Brunei,Sabah,Labuan dan kelab motor tempatan dari Sarawak sendiri.Sesuatu yang amat menarik disini rata-rata pemilik motosikal berkuasa besar di Borneo menungang jentera Harley Davidson.
Cuaca yang cerah dan panas pada hari pertama membuatkan ahli-ahli merasa "rimas" ini kerana tempat penginapan yang agak jauh dari tapak event memaksa ahli-ahli kelab terpaksa berada ditapak "event" dari pagi sehingga lewat malam.Secara kebetulan "pasar malam mingguan" yang dia adakan setiap jumaat hingga ahad berhampiran dengan tapak 'event" ini membolehkan kami merasai suasana pasar malam sambil "mencuci mata".Kami mengambil kesempatan merasai "local chiken wing dan kek lapis.
Pada hari kedua banyak acara di pertandingkan antaranya pameran dan pertandingan motorsikal dan gusti lengan.Walau pun cuaca pada hari kedua sedikit mendung dan hujan renyai-renyai tidak menghalang kehadiran pengunjung.Sehingga tengah tengahari kawasan berhadapan pentas utama dipenuhi oleh motorsikal berkuasa besar dan pengunjing yang datang bukan saja untuk melihat dengan lebih dekat jentera2 yang dipamerkan sambil mengambil kesrmpatan dengan membeli t-shirt dan cenderahati yang di jual. Booth Tshirtempire@ SDMC Malaysia adalah antara yang mendapat perhatian dan jualan T-shirt dan cenderamata amat mengalakkan.dan acara pada hari tersebut di akhiri dengan konsert pada sebelah malamnya. Sekalung tahniah pada Soundstage Event selaku penganjur atas kejayaan menjayakan Miri City Bike Week dan semoga acara ini akan menjad acara tahunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan