






Pada Jumaat 7hb May 2010 ahli Kelab SDMC telah diperkenalkan dengan "patches "baru."Patches" ini direka cipta oleh TSHIRTEMPIRE dan masih mengekalkan logo lama tapi telah ditambah dengan huruf S.D.M.C serta perkataan MALAYSIA.Dengan pengenalan "patches" ini bermakna kini SDMC telah di kenali sebagai SDMC MALAYSIA.Patches baru ini hanya akan diberikan pada ahli yang benar-benar aktif dan sering menyertai aktiviti-aktiviti yang dijayakan oleh kelab SDMC.
Pada malam tersebut Saudara Amir dari TSHIRTEMPIRE telah telah diberi penghormatan menyerahkan serta memakaikan hasil kerjanya kepada Presiden SDMC Saudara Azhar Aziz sebagai pemilik pertama.
Presiden kelab dalam ucapan alu-aluannya berkata dengan adanya "patches" baru ini dapat meningkatkan semangat setiakawan dan sering berkerjasama menjayakan aktiviti kelab.Beliau jua memuji hasil kreatif TSHITREMPIRE dan berharap dengan adanya"patches"ini lebih mudah untuk dapat mengenali ahli yang benat-benar menyumbang kearah kebaikkan dan aktiviti kelab.Dalam erti kata lain pemilik "patches"ini adalah ahli "SEJATI SDMC" manakala pemilik patches tanpa perkataan "S.D.M.C MALAYSIA" adalah "supporter member" sahaja.Acara kemuncak pada malam tersebut adalah upacara penyerahan dan pemakaian jekat berserta "patches" baru oleh Presiden SDMC kepada Naib Persiden SDMC En Rashid serta kepada empat ahli yang akan mewakili SDMC ke Miri Bike Week pada 14-15.May nanti.Ini bererti "patches" baru buat julung kalinya akan dipertontonkan pada umum oleh keempat ahli SDMC di MIRI Bike Week nanti, Acara pada malam tersebut diakhiri dengan jamuan dan minuman ringan mee hoon goreng serta ayam percik yang ditaja olih kelab serta Sdr Amir dari TSHIRTEMPIRE.Kepada ahli-ahli yang hadir pada malam tersebut diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan