

Pengenalan SDMC


Jumaat, 5 Julai 2013
MESYUARAT AGUNG KALI KE-3 SDMC MALAYSIA
MESYUARAT AGUNG KALI KE-3 SDMC MALAYSIA



Mesyuarat Agung SDMC kali ke 3 telah diadakan diCactus Room Eagle Ranch Resort Port Dickson pada 22.hb Julai 2013. Seramai 43 ahli yang berdaftar telah menghadiri mesyuarat kali ini. Angak malang sikit mesyuarat kali ini tidak dapat dihadiri oleh Penaung Kelab SDMC Dato’ Razi Kail atas sebab bebab yang tidak dapat dielakkan.
Berbeza dengan mesyuarat pertama dan kedua yang diadakan diRestoran Ruang Damai, buat pertama kalinya SDMC mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan mesyuarat di Eagle Ranch Resort Port Dickson.Sebuah resort ala-ala country yang saban tahun menganjurkan Port Dickson International Bike Fest (PDIBF).
Mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 2 petang ditunda ke jam 4 petang dimana pendaftaran bermula jam 3.00 petang.Kelewatan ini disebabkan ahli SDMC menerima undangn majlis perkhawinan ahlo Eone Bikers pada tengahari tersebut.
Dengan kehadiran lebih dart 2/3 ahli mesyuarat berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Nil Hakim seterusnya mesyuarat pada kali ini di Pengerusikan oleh Tn Hj Ideris dan merupakan persidangan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta Ahli jawatankuasa bagi penggal 2013 – 2015. Mesyuarat juga bersetuju membuat beberapa pindaan dalam perlembagaan untuk kelulusan Jabatan Pertubuhan serta beberapa isu telah dibangkitkan olih ahli untuk dibahaskan.
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi masih diterajuai oleh ahli ahli senior dengan penambahan satu jawatan Naib Presiden ll manakala Ahli Jawatan Kuasa menyaksi kan gabungan muka baru dan lama.Ini bertujuan untuk kesinambungan barisan pemimpinakan datang.
Mesyuarat berakhir pada jam 6 petang dan disusuli dengan seisi bergambar barisan pemimpinan 2013-2015 dan majlis diteruskan dengan majlis makan malan di D’Terapung Medan Ikan Bakar Port Dickson.ajlis bersurai pada jam 12 malam.

Langgan:
Catatan (Atom)