Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Isnin, 24 Mei 2010

Choppers Bikerz Gathering@SDMC Malaysia







Buat pertama kalinya SDMC Malaysia telah mengadakan "small party" yang berlagsung pada hari Jumaat malam (21hb.Mei.2010)."Small party' yang diilhamkan secara sepontan oleh Presiden SDMC malaysia ini adalah sempena penyerahan "fullmoon patches' kepada 12 bikers SDMC Malaysia.Penganugerahan ini adalah simbol pengiktrafan kepada ahli yang menunjukkan komitmen tinggi kepada kelab.Antara ciri-ciri yang yang diambilkira antaranya kehadiran dalam TTS,mesyuarat,aktif dalam aktivity kelab serta displin yang tinggi. Majlis yang julung kali diadakan telah berlangsung dikawasan letak kereta Mentari Height Senawang yang diadakan diadakan secara "santai".Bagi menggelakkan sebarang kemungkinan gangguan (bunyi) dan kesesakan lalulintas pihak AJK (Hj Idris) telah mengajukan satu permohonan untuk mendapat keizinan dari pihak Majlis Perbandaran Seremban serta dimaklumkan pada ibu-pejabat Polis Senawang.(Tahniah dan terima-kasih kepada Hj Idris).Walau pun ada aduan telah dikemukakan pada pihak berkuasa mengenai kesesakan dan penutupan laluan dikawasan tersebut tetapi dengan bantuan AJK Keselamatan (Sdr Marshal Ismail dan Marshal Ahmad Zalin) ia berjaya di atasi.Tahniah buat sudara berdua. Majlis yang di adakan pada malam tersebut telah berjaya menarik kehadiran hampir 150 buah motosikal "choppers" berkuasa besar dari Wilayah Persekutuan,Selangor,Melaka,Johor dan kelab-kelab motorsikal "choppers" dalam Negeri Sembilan.Walau pun pada malam tersebut tidak mempunyai aturcara khusus serta jamuan yang hebat-hebat tapi ia telah berjaya menghimpunkan sebegitu ramai bikerz seolah olah satu "mini bike week" sedang berlangsung.Satu pencapaian yan diluar jangkauan ahli-ahli SDMC Malaysia (tahniah pada anda semua) Sambil menjamu selera dengan keropok lekor,dan nasi goreng serta Char Kuey Teow, para tetamu(bikerz) yang hadir dapat beramah mesra,bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta berkenalan secara rapat antara satu dengan yang lain.Kehadiran tetamu istemewa iaitu penyanyi Ali Mpire menghanggatkan lagi suasana malam tersebut.
Dengan ucapan dan kata-kata semangat serta perangsang pada kelab SDMC Malaysia dari presiden atau wakil kelab yang hadir pada malam tersebut rata-rata memuji semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli SDMC Malaysia yang mana mampu mengadakan "small party" yang diilhamkan 2 hari sebelum acara malam tersebut dan mampu menarik ramai kehadiran bikerz seolah olah satu "bike week" sedang berlangsung. Sebelum berakhirnya cara yang berlangsung seawal jam 8.00 malam 12 ahli telah di"up-grade" kan dengan pemakaian jeket "fullmoon" oleh Presiden dan Naib Presiden SDMC Malaysia.Majlis berakhir kira-kira jam 1.30 pagi. Persiden serta AJK SDMC Malaysia merakam kan ribuan terima kasih kepada kelab-kelab yang hadir pada majlis antaranya " Red Garage,E-one Bikers,Lang Bikers,Black Rider,Soul Bikers,Pilgrimz MG,Ghost MG,Desparado,Jokerz MG,Skull Riders,PD Bikers,Reaper MG,Pochong MG dan yang lain-lain serta sekalung tahniah kepada Daudson& crew yang bertungkus lumus meenyediakan jamuan pada malam tersebut.

Sabtu, 15 Mei 2010

Miri City Bike Week




















Buat julung kalinya Soundstage Events Co's menganjurkan Miri City Bike Week ditanah Borneo Miri Sarawak yang lebih dikenali dengan Miri Oil City yang amat popular dengan" The Grand Old Lady " iatu telaga minyak yang pertama dibumi Miri yang terletak dipuncak bukit yang bernama "Canada Hill.
Acara yang bertemakan "Ride Heavy Meatal"
telah berlangsung pada 14-15hb.May 2010 di Sebarkas Commercial Center.Dan buat julung kalinya juga SDMC Malaysia serta Tshirtempire menyertai "event" yang diadakan di bumi Borneo.Antara kelab bikers yan turut serta memberi sokongan antaranya Red Garage,Eone Bikers,Pilgrimz MC,Loklaq,Independent MC dari Brunei dan lain-lain.
Acara ini berjaya menarik kehadiran kelab motorsikal dari Brunei,Sabah,Labuan dan kelab motor tempatan dari Sarawak sendiri.Sesuatu yang amat menarik disini rata-rata pemilik motosikal berkuasa besar di Borneo menungang jentera Harley Davidson.
Cuaca yang cerah dan panas pada hari pertama membuatkan ahli-ahli merasa "rimas" ini kerana tempat penginapan yang agak jauh dari tapak event memaksa ahli-ahli kelab terpaksa berada ditapak "event" dari pagi sehingga lewat malam.Secara kebetulan "pasar malam mingguan" yang dia adakan setiap jumaat hingga ahad berhampiran dengan tapak 'event" ini membolehkan kami merasai suasana pasar malam sambil "mencuci mata".Kami mengambil kesempatan merasai "local chiken wing dan kek lapis.
Pada hari kedua banyak acara di pertandingkan antaranya pameran dan pertandingan motorsikal dan gusti lengan.Walau pun cuaca pada hari kedua sedikit mendung dan hujan renyai-renyai tidak menghalang kehadiran pengunjung.Sehingga tengah tengahari kawasan berhadapan pentas utama dipenuhi oleh motorsikal berkuasa besar dan pengunjing yang datang bukan saja untuk melihat dengan lebih dekat jentera2 yang dipamerkan sambil mengambil kesrmpatan dengan membeli t-shirt dan cenderahati yang di jual. Booth Tshirtempire@ SDMC Malaysia adalah antara yang mendapat perhatian dan jualan T-shirt dan cenderamata amat mengalakkan.dan acara pada hari tersebut di akhiri dengan konsert pada sebelah malamnya. Sekalung tahniah pada Soundstage Event selaku penganjur atas kejayaan menjayakan Miri City Bike Week dan semoga acara ini akan menjad acara tahunan.

Sabtu, 8 Mei 2010

SDMC Fullmoon Fire Nite
















Pada Jumaat 7hb May 2010 ahli Kelab SDMC telah diperkenalkan dengan "patches "baru."Patches" ini direka cipta oleh TSHIRTEMPIRE dan masih mengekalkan logo lama tapi telah ditambah dengan huruf S.D.M.C serta perkataan MALAYSIA.Dengan pengenalan "patches" ini bermakna kini SDMC telah di kenali sebagai SDMC MALAYSIA.Patches baru ini hanya akan diberikan pada ahli yang benar-benar aktif dan sering menyertai aktiviti-aktiviti yang dijayakan oleh kelab SDMC.
Pada malam tersebut Saudara Amir dari TSHIRTEMPIRE telah telah diberi penghormatan menyerahkan serta memakaikan hasil kerjanya kepada Presiden SDMC Saudara Azhar Aziz sebagai pemilik pertama.
Presiden kelab dalam ucapan alu-aluannya berkata dengan adanya "patches" baru ini dapat meningkatkan semangat setiakawan dan sering berkerjasama menjayakan aktiviti kelab.Beliau jua memuji hasil kreatif TSHITREMPIRE dan berharap dengan adanya"patches"ini lebih mudah untuk dapat mengenali ahli yang benat-benar menyumbang kearah kebaikkan dan aktiviti kelab.Dalam erti kata lain pemilik "patches"ini adalah ahli "SEJATI SDMC" manakala pemilik patches tanpa perkataan "S.D.M.C MALAYSIA" adalah "supporter member" sahaja.
Acara kemuncak pada malam tersebut adalah upacara penyerahan dan pemakaian jekat berserta "patches" baru oleh Presiden SDMC kepada Naib Persiden SDMC En Rashid serta kepada empat ahli yang akan mewakili SDMC ke Miri Bike Week pada 14-15.May nanti.Ini bererti "patches" baru buat julung kalinya
akan dipertontonkan pada umum oleh keempat ahli SDMC di MIRI Bike Week nanti, Acara pada malam tersebut diakhiri dengan jamuan dan minuman ringan mee hoon goreng serta ayam percik yang ditaja olih kelab serta Sdr Amir dari TSHIRTEMPIRE.Kepada ahli-ahli yang hadir pada malam tersebut diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan.