Pengenalan SDMC

SEREMBAN DISTRIC MOTORCYCLE CLUB (Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban - SDMC) atau ringkasnya SDMC Malaysia.adalah sebuah Kelab Motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15hb.Mei.2010 Kelab ini pada asalnya diasaskan pada tahun 2005 dengan nama asal SOUTHERN DRAGON MOTORCYCLE CLUB (SDMC) oleh beberapa orang bikers dengan berpusat di Bandar Senawang Seremban.Negeri Sembilan. Ahli Kelab ini memiliki motosikal perbagai jenis dan jenama terdiri dari Easy Ride,Superbike,Cruiser dan Touring Bike serta dianggotai oleh bikers pelbagai kaum dan peringkat umur. Kelab ini terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas dengan motto “Shut-up and Ride”.Matlamat kelab ini adalah untuk mengabungkan semua pemilik motosikal berkuasa besar daerah Seremban serta bagi menjalinkan dan memupuk semangat perpaduan sesama Bikers di samping berkerjasama erat dengan badan badan kerajaan dan swasta. Disamping itu juga kelab ini juga sering menyertai konvoi bermotosikal serata Malaysia dan sering menyertai "event" yang dianjurkan olih Kelab motosikal seluruh Malaysia.

Rabu, 28 April 2010

Hi-Tea Ride


Ahad 25.April.2010 satu pertemuan antara SDMC,Soul Bikers dan Lang Bikers telah diadakan di Dataran Kemang Port Dickson.Pertemuan Hi-Tea ini adalah untuk beramah mesra serta untuk mengeratkan tali siratulrahim diantara Bikers.Pertemuan selama 2 jam ini di hadiri hampir 60 bikers dari 3 negeri iaitu Selangor,Melaka dan Negeri Sembilan.Acara kemuncak pada petang tersebut adalah Sunset Ride mengelilingi bandar Port Dickson dan kembali berkumpul di pantai batu 4.Deruman engin serta pelbagai jenis dan bentuk motosikal berjaya menarik perhatian pengunjung pantai pada petang tersebut.Tak kurang jua ada di antara pengunjung bergambar serta merakamkan suasana petang tersebut.
Setelah beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat akhirnya semua Bikers berdurai pada jam 6.30 petang menuju ke destanasi masing-masing.Sekalung tahniah jua diberikan pada Wak Lan serta Pak Hamid dari Kemang Bikers kerana mengendalikan Sunset Ride pada petang tersebut.